Memaparkan catatan dengan label bahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahasa. Papar semua catatan

Install Extension Untuk Visual Code Studio - Laravel

1- Advanced New File by Dominik Kundel
2- Auto Close Tag  by Jun Han
3- Bootstrap 3 Snippets by William Whitehead
4- Bootstrap v4 Snippets by Zaczero
5- Bootstrap 4, font awesome 4, font awesome 5 free by Ashok Koyi
6- DotENV by mikestead
7- Laravel Blade Snippets by Winnie Lin
8- Laravel Artisan by Ryan Naddy
9- Laravel 5 snippets by Winnie Lin
10 - Laravel 5 snippets  by Sachit Tandukar
11- Night Owl (Vs Code Theme) by Sarah Drasner
12- PHP Formatter by Sophisticode
13- PHP IntelliSense by Felix Becker
14-  PHP Namespace Resolver by Mehedi Hassan



Laravel Part 5 - Menyambung Connection Database & View field




1. Cipta database bernama pelajardb yang mengandungi :


2.  Isi data dua atau lebih.


3. Edit file .env dan sesuaikan dengan server mysql kita. DB_DATABASE kita letak nama pelajardb yang telah kita cipta.


Create controller bernama PelajarController menggunakan terminal dgn command

php artisan make:controller PelajarController -resource


Buka file controller Pelajar Controller.php

letak
use Illuminate\Support\Facades\DB;



namespace App\Http\Controllers;

use App\Http\Controllers\Controller;
use Illuminate\Support\Facades\DB;


class PelajarController extends Controller
{
    public function index()
    {
      $pelajar = DB::table('pelajar')->get();
  
       return view('pelajar.index',['pelajar'=>$pelajar]);
    } }
command  $pelajar = DB::table('pelajar')->get(); bertujuan menyenaraikan semua di dalam table pelajar dan meng-assign-kan nilai tersebut ke $pelajar  .

Semua maklumat tadi berada dalam bentuk array, kerana ada dua row data yang telah kita masukkan, oleh itu kita hantar nilai $pelajar  ke paparan view iaitu ke blade index.blade.php yang terletak di dalam folder pelajar di dalam view.




4.  Di dalam blade di view (index.blade.php) , kita akan membuat @foreach iaitu    @foreach ($pelajar as $pel) untuk memanggil nilai  $pelajar  yang telah dihantar oleh controller untuk kita asingkan mengikut baris.

command:
{{ $loop->iteration }}
kita gunakan untuk paparkan bilangan kiraan rekod yang telah kita jalankan.


@extends('layout.main')

@section ('title','Portal Encraption.blogspot.com')

@section('container')
<div class="container">
  <div class="row">
    <div class="col-10">
      <h1 class="mt-3">Daftar Pelajar</h1>


      <table class="table">
        <thead class="thead-dark">
          <tr>
            <th scope="col">#</th>
            <th scope="col">Nama</th>
            <th scope="col">Email</th>
            <th scope="col">Major</th>
            <th scope="col">Tindakan</th>
          </tr>
        </thead>
      
        <tbody>
          @foreach ($pelajar as $pel)
            <tr>
                <td>{{ $loop->iteration }}</td>
               <td>{{ $pel->nama }}</td>
                <td></th>{{ $pel->email }}</td>
                <td>{{ $pel->major }}</th>
                <td>
                    <a href="" class="badge badge-success">edit</a>
                    <a href="" class="badge badge-danger">delete</a></td>
              </tr>
              @endforeach

        </tbody>


      </table>
    </div>
  </div>
</div>
@endsection


?>

output:




Download di sini

Laravel Part 4 - Mengirim Nilai Di Route kepada View

Ekperimen kali ini cuba mengirim nilai dari web.php (route) kepada view pelajar.

Di fail route, kita assign nilai pada nama tersebut.

<?php

Route::get('/pelajar', function () {
    $nama = 'Mr Encraptor Samado';
    return view('pelajar',['nama' => $nama]);
});
?>

Kemudian di page view pelajar,  hanya menggunakan memanggil menggunakan {{nama}} sahaja seperti
<?php
@section('container')
<div class="container">
  <div class="row">
    <div class="col-10">
      <h1 class="mt-3">Ini Section Pelajar!</h1>
      <br>
      Selamat datang, {{$nama}}!
    </div>
  </div>
</div>
@endsection
?>

Output:

 

Mudah bukan?

Laravel Part 3 - Memusatkan Layout Untuk Memudahkan Pengeditan (master layout)

Seperti anda ketahui, website biasanya mempunyai paparan sama sahaja, hanya content sahaja yang berubah.

Untuk itu, kita boleh memindahkan semua element kecuali content kita ke satu page yang khas, di mana kita akan panggil page tersebut yang mungkin mengandungi header dan footer dan navbar, namun isinya pula, kita akan buat page-page baru. Maknanya content sahaja berada di page-page baru, layoutnya kita tempatkan pada satu page yang satu sahaja.

Jom kita bina master layout


Create folder dibawah folder views, namakan layout. create file bernama main.blade.php, copy semua di dalam welcome.blade.php ke adalam layout/main.blade.php. Kita namakan main.blade.php ini sebagai page induk.

Setiap page akan berubah title  walaupun struktur displaynya adalah sama. Oleh itu kita akan menggunakan @yield('title') di page induk ini (main.blade.php), dan nilai 'title' itu akan dihantar oleh page-page yang lain menggunakan command @section, sebagai contoh nilai title itu kita namakan Portal rasmi James Bond, oleh itu di child page, kita akan taip aturcara seperti @section('title','Portal Rasmi James Bond') untuk menghantar value tersebut ke tempat @yield('title') tadi.








Download Files Yang Berkaitan Dengan Tutorial Laravel Part 3

Laravel Part 2 - Berkenalan dengan folder asas


Didalam Laravel, terdapat folder Views dan Routes yang memainkan peranan penting. Jika kita mula-mula instal Laravel, terdapat hanya satu sahaja file di dalam folder Views iaitu welcome.blade.php. Segala berkaitan coding yang melibatkan display antara muka diletakkan di sini.

Di folder ini, semakan banyak page yang akan dipaparkan, semakin banyak file ber-extension .blade.php akan dibuat di folder Views.


Manakala di folder routes pula, terdapat satu file bernama web.php. Disini semua aturan berkaitan route akan digunakan sepenuhnya.
 Sebagai contoh, / ialah home, kita akan hantar kepada file view yang bernama index.blade.php, begitu /about, kita akan kepada view about.blade.php

Manakala  jika kita lihat isi kandungan fail-fail ber-extension blade.php, ianya seperti dibawah:


ianya bertujuan untuk page paparan.




Laravel Part 1 - Memulakan Projek Laravel - Instalasi Laravel


Perlu ada 3 perkara yang telah siap di install ke dalam komputer sebelum memulakan pembangunan sistem menggunakan kerangka Laravel

3 perkara tersebut ialah:

1. Xampp  (https://www.apachefriends.org/download.html)
2. Composer  (https://getcomposer.org/)
3. Git Batch  ( https://git-scm.com/download/win)



composer create-project --prefer-dist laravel/laravel cubaLaravel
.


Setelah siap laravel di download, boleh masuk ke folder sistem tersebut dan run

cd cubaLaravel/
php artisan serve






Localhost sistem laravel dalam folder public, dibuka pada port 127.0.0.1:8000

Boleh test di browser:


Bersambung.